JPJ ganti lesen memandu, LKM percuma untuk mangsa banjir Yan

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting jabatan itu seperti Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC) secara percuma kepada mangsa banjir di Yan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Twitter JPJ, gantian dokumen menerusi inisiatif 'touch point’ jabatan itu khusus untuk semua mangsa banjir di lokaliti tersebut yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen penting berkenaan semasa musibah itu.

Katanya, inisiatif berkenaan akan berkuat kuasa mulai hari ini (6 Sept) sehingga 18 Sept ini.

“Pemilik dokumen harus membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen dan perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan gantian dokumen baharu di mana-mana pejabat kaunter JPJ negeri atau cawangan di Kedah,” katanya.

Katanya, JPJ juga akan memberi kelonggaran dari segi pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan perdagangan atau persendirian yang terlibat dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan kepada mangsa banjir sehinga bencana itu terkawal sepenuhnya.

“Bagi menyokong usaha kerajaan dalam mengangani fenomena banjir di kawasan terkesan ini juga, JPJ akan selalu berada dalam bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk tenaga manusia atau dalam mengatur gerak aset JPJ, jika diperlukan.

"Pihak JPJ dan seluruh warga kerja juga mendoakan agar semua mangsa banjir diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…