JPJ - Institut memandu akan dikena tindakan jika ramai pemandu terbabit kemalangan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan.


Menurut ketua pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, jika ramai pemandu dari sesebuah institut itu terbabit dalam kemalangan jalan raya, berkemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap pengusaha atau pemiliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, antara tindakan boleh diambil ialah membatalkan permit institut memandu terbabit dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.

 

Beliau berkata, kod berkenaan akan diperkenalkan pada pelancaran program e-testing April depan.

 

"Kita dalam proses bagi kod dalam lesen memandu... kita boleh tahu calon (pemandu) dapat dari mana lesen.

 

"Jika mereka didapati lakukan kesalahan, terlibat kemalangan, kita akan tahu mereka dapat lesen di institut memandu yang mana. Kita akan buat audit, pengesanan untuk tahu jika ada masalah dengan institut terbabit.

 

"Tindakan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya atau terlibat kemalangan boleh dikenakan mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-Kaedah Sekolah Memandu 1992," katanya semalam.

 

Beliau berkata, ia sebahagian pembaharuan JPJ ke arah pendigitalan dengan modul berkenaan dapat mengenal pasti kelemahan di peringkat institusi memandu.

 

Dalam pada itu, katanya berdasarkan rekod sedia ada, terdapat kira-kira 10,569 tenaga pengajar institut memandu yang memiliki Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di seluruh negara.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…