JPJ Kedah: Nombor plat KFA dibuka untuk bidaan

oleh SALINA JALIL|
Nombor siri pendaftaran KFA yang akan dibuka bermula Khamis ini di talian Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) dijangka jadi rebutan dan mampu mengutip hasil bidaan mencecah lebih RM2 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Sharif berkata, pihaknya percaya orang ramai terutamanya penyokong dan peminat pasukan Kedah tidak akan melepaskan peluang ini untuk mendapatkan nombor siri pendaftaran kegemaran mereka kerana sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

 

Menurutnya, sebelum ini terdapat sebuah syarikat yang mahu mendapatkan tender semua nombor siri KFA kerana mahu menjualnya sendiri namun tidak dibenarkan oleh pihaknya.

 

“Nombor siri pendaftaran KFA ini dibuka bermula Khamis sehingga Isnin depan iaitu selama lima hari. Kita buka tender nombor siri 1 hingga 9999 kepada orang ramai kecuali nombor 8 kerana nombor ini sudah dikhaskan kuota untuk seorang orang kenamaan (VVIP).

 

“Orang ramai boleh membuat bidaan KFA di JPJeBid bermula jam 12 tengah malam 12 November hingga 11.59 malam 16 November ini,” katanya pada sidang akhbar di di Pejabat JPJ Kedah, Suka Menanti, dekat sini semalam.

 

 

SN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita lihat, jumlah peratusan itu sangat tinggi dan mereka ini (penunggang warga asing) tidak…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…