JPJ Kelantan - Sembilan lori balak ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata dalam operasi itu pihaknya berjaya menahan sembilan lori balak dan seterusnya ditimbang di Stesen Penguatkuasaan JPJ Mentara (SPK Mentara).

Katanya, operasi yang dilakukan selama satu hari itu hasil Penguatkuasaan secara rondaan (POBC) dan risikan pihaknya selama satu minggu bermula 22 hingga 26 September lalu.

Operasi yang dipanggil 'Op Timber" diketuai oleh Pengarah JPJ Kelantan bersama 17 anggota telah menahan tiga lori balak dan enam lori kargo yang membawa muatan kayu hutan. 

"Satu kenderaan di sita di bawah Seksyen 80 APAD 2010, membawa muatan 75.58 peratus. Kenderaan akan dibuat lucut hak di bawah akta yang sama," katanya pada Rabu.

Lapan lagi kenderaan dikesan membawa lebihan muatan melebihi 35 peratus akan dituduh di mahkamah di bawah Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, operasi itu memberi tumpuan kepada kenderaan…
Berita Domestik
Beliau menasihati pemandu yang terlibat dengan saman tersebut agar tidak bertangguh untuk membuat…
Berita Domestik
"Selain itu tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta lain-lain kesalahan teknikal," katanya kepada…