JPJ kutip RM2.5 juta dari Op Tunggak, sasar pemandu warga asing ada tunggakan saman

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Sebanyak RM2.5 juta berjaya dikutip sepanjang hampir empat bulan Op Tunggak, sejak Januari lalu.

Operasi itu membabitkan empat negeri yang berhampiran sempadan iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak, dengan menyasarkan pemandu warga asing yang culas membayar tunggakan saman.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, majoriti pemandu yang dikesan melakukan kesalahan adalah warga Thailand yang membawa kenderaan penumpang memasuki negara ini.

“Setakat ini, JPJ mengutip RM2.5 juta hasil saman tertunggak yang dilakukan pemandu warga asing terutama dari Thailand.

“Tunggakan saman yang paling tinggi dikesan di Perlis, dan ada satu kenderaan memiliki beberapa tunggakan saman dengan nilai keseluruhan saman berjumlah RM65,000,” katanya selepas operasi pemantauan dan pemeriksaan bas sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Lembah Sireh pada Jumaat malam.

Muhammad Kifli berkata, pihaknya akan mempergiat lagi operasi untuk mengesan pemandu warga asing yang culas membayar tunggakan saman dan menggesa supaya mereka segera melangsaikan tunggakan sebelum boleh meneruskan perjalanan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau menasihati pemandu yang terlibat dengan saman tersebut agar tidak bertangguh untuk membuat…
Berita Domestik
Penambahbaikan tersebut melibatkan dua aspek penting iaitu pemeriksaan ketebalan bunga tayar dan…
Berita Domestik
"Apabila kenderaan berat berada di lorong paling kanan, ini bermakna mereka memandu melebihi had…