JPJ lakukan operasi khas besar-besaran tumpu kenderaan perdagangan minggu depan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan khususnya melibatkan lori membawa muatan pasir bermula minggu depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Aedy Fadli Ramli berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lepas sehingga mengorbankan dua nyawa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Operasi khas itu akan diketuai oleh pengarah-pengarah JPJ setiap negeri...Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar pada malam Jumaat.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 10.15 pagi Rabu lepas, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Beliau berkata laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan itu dijangka akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya perincian laporan itu tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan itu sedang dijalankan oleh JPJ selaras dengan arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Kami baru sahaja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…