JPJ - Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.


Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, jabatan itu telah mengambil tindakan terhadap 57 pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan itu menerusi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir pada Khamis.

 

Menurut JPJ negeri, penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

 

"Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang menjalankan operasi itu ekoran aduan terdapat penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah dan kami akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

 

JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan pengguna bahawa pengabaian peraturan itu boleh mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut.

 

Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi itu.

 

- Jenuh nasihat tapi masih ramai yang 'tak makan saman' kerana sikap 'takkan terjadi pada diri sendiri'-

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebanyak 87 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 40 notis dan 26 saman dikeluarkan…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  "Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi…