JPJ Melaka - 292 saman dikeluarkan termasuk lori guna tayar rosak

oleh Penyumbang Rencana|
foto JPJ Melaka
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 292 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi di tiga plaza tol utama di negeri ini pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Ops Khas Gempur Teknikal 2025 itu menyaksikan sebanyak 643 kenderaan persendirian dan barangan diperiksa dengan 102 daripadanya didapati melakukan pelbagai jenis kesalahan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, sebanyak 50 notis PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan manakala 53 lagi adalah notis arah periksa kenderaan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala notis JPJ(P)22 yang membabitkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan teknikal merekodkan jumlah tertinggi dengan 206 notis.

Operasi diadakan di susur keluar Plaza Tol Alor Gajah, Ayer Keroh dan Jasin itu, JPJ Melaka turut mengeluarkan lapan notis kesalahan mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Tiga buah lori turut didapati melakukan kesalahan menggunakan tayar yang sudah haus, rosak atau botak.

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kita akan memperketatkan lagi pemantauan dan pengesahan terhadap tayar celup di pasaran bagi…
Berita Domestik
"Itu yang sedang kita usahakan kerana semasa kejadian, pihak polis dan pihak PLUS tiada maklumat…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kemalangan jam 10.30 pagi itu…