“Daripada jumlah yang diambil tindakan itu, sebanyak 75 peratus adalah penguatkuasaan ke atas lori iaitu sebanyak 9,317 buah,” katanya dalam sidang akhbar Operasi Bersepadu di Senawang, di Seremban malam semalam.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 673 kenderaan diperiksa yang turut melibatkan anggota polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).