JPJ Negeri Sembilan - 89 saman, lima motosikal disita

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JPJ N. Sembilan
Sebanyak 68 motosikal diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan (JPJ) dalam Op Lejang pada Ahad atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos dan penggunaan nombor pendaftaran 'fancy'.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan 102 notis termasuk menyita lima motosikal serta 89 saman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Operasi di susur masuk Plaza Tol Senawang itu menyaksikan sebahagian penunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' yang terlampau.

 

"Ramai beranggapan penggunaan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi tidak penting dari segi keselamatan jalan raya," katanya pada Isnin.

 

Beliau berkata, dalam operasi ini pihaknya menemui pelbagai jenis nombor pendaftaran kenderaan menyalahi peraturan.

 

"Ada yang berkilat, ada hanya sebesar dua jari malah ada juga pemilik motosikal yang berani menunggang tanpa mempamerkan langsung nombor pendaftaran.

 

"Jika berlaku kemalangan, ia akan menyusahkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sama ada pemilik motosikal yang melanggar atau dilanggar.

 

"Tindakan mereka juga seolah cuba mengaburi mata pihak berkuasa jika dikesan melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat atau melakukan aksi berbahaya," katanya.

 

Sementara itu, dalam operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi, JPJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) memberi tumpuan terhadap penunggang motosikal bagi mengekang aktiviti rempit.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

 

"Mereka diberi masa sepuluh hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan itu telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran mengikuti spesifikasi," katanya.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 169 saman dan 83 lain-lain notis dikeluarkan atas…