JPJ - Pemandu kereta asing guna plat Malaysia isi RON95, tindakan tegas akan diambil

oleh Penyumbang Rencana|
Tindakan tegas akan diambil ke atas kenderaan bernombor pendaftaran asing yang didapati menggunakan plat Malaysia bagi mengisi petrol bersubsidi RON95.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Azmil Zainal Adnan, berkata kenderaan asing yang memasang nombor plat Malaysia boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut seksyen ini, mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman termasuk denda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau mengulas hantaran tular di media sosial yang mendakwa pemandu kereta Singapura menukar nombor plat kenderaannya kepada plat Malaysia sebelum mengisi petrol RON95 bersubsidi untuk rakyat Malaysia.

JPJ akan meneruskan pemantauan dan risikan untuk mengenal pasti dan bertindak ke atas salah laku ini.

Bacaan selanjut di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Unit Korporat JPJ Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, walaupun pelekat cukai jalan tidak lagi…
Berita Domestik
“Larangan pergerakan dilaksanakan mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan pada 4.30 petang hingga…
Berita Domestik
"Apabila kemalangan seperti ini berlaku khususnya membabitkan bas awam, tindakan pertama kita ialah…