JPJ - 'Product Recall' untuk Mercedes-Benz, Chery, Toyota

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaparkan beberapa model kenderaan bagi Mercedes-Benz, Chery dan Toyota bagi pemanggilan semula (product recall) Siri 2/2024 bagi tujuan pemeriksaan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz melibatkan sebuah model C200 (keluaran Januari -Julai 2023) serta model CLA200, CLA 45 AMG 4 MATIC, A 250 Blueeficiency, A 45 AMG 4MATIC, S 400 Hybrid dan S 400 H (keluaran Jun 2012 – Januari 2021) dengan 11 buah.

 

jpj

 

Mercedes-Benz bagi model EQS 500 4MATIC, EQS 580 4MATIC, GLC 300 4MATIC, GLC 350 E 4MATIC, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+, Mercedes-AMG SL 43 Roadster, Mercedes-Maybach S 580 4MATIC dan S 580 E (keluaran Januari – November 2023) (1,297 buah) serta model GLE 450 4MATIC dan GLS 450 4MATIC (keluaran Februari 2018 – November 2023) (1,302 buah).

 

jpj

 

Toyota pula melibatkan model Corolla Cross (keluaran Julai – September 2023) iaitu 2,379 buah, manakala Chery dengan model Chery Omoda 5(H) (keluaran November 2023 – April 2024) membabitkan 600 buah.

 

jpj

 

Sementara itu, JPJ memaklumkan aktiviti pemanggilan semula bagi model terlibat telah dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan sejak Mac lalu dan masih berlangsung sehingga kini.

“Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula ini, anda akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan anda untuk penetapan tarikh temu janji bagi pemeriksaan kenderaan.

“Sila patuhi tarikh temu janji yang ditetapkan untuk kemudahan kedua-dua belah pihak,” menurut hantaran JPJ tersebut pada Isnin.

Dalam pada itu, JPJ memaklumkan, umum mengetahui isu tular baru-baru ini berkenaan kes kegagalan gandar belakang bagi kenderaan Chery Omoda 5.

 

jpj
Chery Omoda 5

 

“Bagi kes ini, pihak CheryAuto Malaysia Sdn. Bhd. telah segera melaksanakan aktiviti pemanggilan semula bermula 3 Mei dan telah memaklumkan kepada pihak JPJ berkenaan aktiviti tersebut.

“Sehingga 7 Jun, pihak Chery telah memeriksa sebanyak 592 unit daripada 600 unit kenderaan CheryOmoda 5 yang terlibat dalam aktiviti ini dengan peratus selesai aktiviti sebanyak 98.67 peratus.

“Baki pemilik kenderaan telah dihubungi bagi melengkapkan jadual pemeriksaan dan dijangka aktiviti ini akan diselesaikan pada akhir Jun ini,” ujarnya.

Sementara itu, tempoh penyelesaian bagi aktiviti pemanggilan semula adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama diberikan oleh pemilik kenderaan.

 

 

JPJ

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…