JPJ Pulau Pinang sita tujuh kenderaan pekerja

oleh Penyumbang Rencana|
Antara kenderaan yang diperiksa oleh JPJ Pulau Pinang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita tujuh kenderaan pekerja termasuk van kilang dalam operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia, di Batu Kawan pada Selasa.


Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi itu dilakukan berfokus terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan tumpuan diberikan terhadap bas pekerja yang berfungsi sebagai pengangkutan awam utama untuk operator pengeluaran.

 

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati daripada tujuh kenderaan yang disita, tiga daripadanya dipandu oleh warga asing, manakala sebuah kenderaan lagi dikesan berstatus lupus dan scrap.

 

"Antara kesalahan lain ialah tiada lesen memandu (biasa) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans selain menyalahgunakan LKM iaitu menggunakan van persendirian untuk membawa penumpang," menurut kenyataan pada Rabu.

 

Dalam operasi itu, turut dikesan ialah beberapa kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, lampu isyarat dan brek tidak berfungsi serta tidak menyelenggarakan kenderaan dengan baik.

 

Kenyataan itu memaklumkan operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Pulau Pinang itu juga menahan 10 warga asing kerana pelbagai kesalahan.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebanyak 87 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 40 notis dan 26 saman dikeluarkan…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  "Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi…