JPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu - Laporan Ketua Audit

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sejumlah RM14.38 juta kerugian dan pembaziran wang awam dialami Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan melibatkan pembayaran perkhidmatan mencetak kad Lesen Memandu Malaysia (LLM).


Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan pemantauan JPJ terhadap peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

"Sebanyak 1.83 juta keping kad LLM tidak digunakan bernilai RM14.23 juta dan penalti sejumlah RM149,178 tidak dikenakan terhadap pelanggaran Service Level Agreement (SLA)," menurut laporan LKAN 2021 Siri 2 pada Khamis.

 

Melalui laporan itu juga, pihak audit telah mencadangkan beberapa perkara bagi mengatasi kelemahan yang berlaku di jabatan berkenaan.

 

"Antaranya, melakukan pemantauan terhadap penggunaan stok kad yang dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan stok kad itu adalah secara optimum supaya tidak membazir.

 

"Memastikan SLA dipatuhi oleh syarikat dan sekiranya gagal, penalti atau denda akan dikenakan dengan segera," menurut laporan itu.

 

Selain itu, laporan itu turut mengesyorkan pemantauan terhadap perkhidmatan dibuat dengan lebih berkesan dengan mengambil tindakan segera terhadap masalah berbangkit.

 

- Sebagai rakyat marhaen, kami sebagai pengguna membayar apabila perbaharui lesen dan sistem juga di kemas kini, macam mana pula boleh rugi? -

 

-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setakat 27 November, 177 institut memandu (IM) daripada 245 IM telah terlibat dalam menawarkan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan,…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…