JPJ saman 25 bas beroperasi tanpa pemandu kedua

oleh Penyumbang Rencana|
foto JPJ Pulau Pinang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 25 bas ekspres dan persiaran beroperasi dengan hanya seorang pemandu sahaja bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi khas yang dijalankan di tiga plaza tol di Pulau Pinang pada Selasa.

JPJ negeri dalam kenyataan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menyita sebuah bas ekspres kerana pemandunya tiada lesen memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Operasi bermula 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol Bukit Tambun, dan Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, memfokuskan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perkhidmatan barangan.

"Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi memantau, mengesan, dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010).

JPJ mengeluarkan saman terhadap 25 bas persiaran dan ekspres kerana tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau lebih empat jam berterusan.

Tindakan sitaan turut dilakukan terhadap sebuah bas ekspres kerana pemandunya tiada lesen memandu, selain menyita sebuah lori kontena disebabkan pemandunya di bawah umur.

Antara kesalahan lain yang dikesan dalam operasi hampir 10 jam itu adalah 23 bas didapati tiada buku log atau tidak mengemas kini buku log pemandu dan satu kes tiada pemandu pelancong.

Secara keseluruhan, sebanyak 273 saman atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan.

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi bermula 11 malam semalam (Rabu) hingga 6 pagi Khamis yang membabitkan 20 pegawai dan…
Berita Domestik
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Adenan Md. Isa berkata, sehubungan…