JPJ: Saman jika gagal perbaharui lesen bermula 1 Oktober

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun dan saman terhadap pengguna jalan raya yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) bermula 1 Oktober ini.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan sebanyak tiga kali lanjutan dilihat memadai.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut beliau, tiba masanya pematuhan terhadap undang-undang dikuatkuasakan semula selepas penamatan moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen.


“Jika masih ada yang belum memperbaharui lesen sehingga 30 September ini, mereka akan dikenakan tindakan saman serta kompaun dan boleh dituduh di bawah Seksyen 26(1) serta 23(1) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

 

“Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah,” katanya ketika sidang akhbar di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Ahad.

 

Beliau sebelum itu mengagihkan 150 kotak makanan menerusi Program JPJ Prihatin dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada pemandu lori, pengusaha bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspres, bas persiaran dan kereta sewa yang terkesan Covid-19.

 

Zailani berkata, JPJ menjalinkan kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memproses pembaharuan lesen bermula Isnin (cuma dengan temu janji sahaja).

 

 

Sinar Harian

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…