JPJ sependapat agar 600 kenderaan model Omoda 5 diarah ditarik balik

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan mengesahkan telah memanggil syarikat Chery Auto Malaysia bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu gandar pada kenderaan model OMODA 5 keluaran syarikat itu.

Ia dipercayai susulan penyebaran video mengenai isu gandar itu serta komitmen daripada Chery Auto Malaysia untuk memanggil balik 600 unit kenderaan model OMODA 5 yang dikenal pasti terlibat dengan isu berkenaan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit yang terlibat dibuat pemeriksaan dan disahkan selamat serta proses penggantian komponen gandar dilaksanakan bagi kenderaan yang terkesan.

Chery Auto Malaysia dalam satu kenyataan tiga hari lalu berkata pihaknya mengenal pasti sebanyak 600 kenderaan model Omoda 5 berpotensi terjejas dengan isu gandar itu.

Menurut Chery Auto Malaysia berdasarkan maklumat daripada pihak vendor dan analisis terperinci yang dijalankan, isu dipercayai berpunca susulan kerja naiktaraf di fasiliti kemudahan vendor itu.

Pengedar kenderaan itu berkata pihaknya akan menghubungi pelanggan yang terjejas berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) untuk pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan isu komponen teknikal berkenaan.

Chery Auto Malaysia meminta pelanggannya melayari laman sesawang yang akan disediakan bagi mengenal pasti sama ada kenderaan mereka turut terjejas.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut berapa unit OMODA 5 yang telah dijualnya setakat ini.

Baru-baru ini, seorang pemilik model Omoda 5 mendakwa gandar belakang kereta miliknya patah ketika sedang memandu.

Menurutnya, jalan yang dilalui ketika itu tidak mempunyai sebarang bonggol dan lubang, malah keretanya itu juga tidak pernah terbabit dalam sebarang kemalangan.

Dia juga mendakwa bahawa bahagian yang patah itu hanya mempunyai dua titik kimpalan serta kesan karat.

Dalam kenyataan awalnya itu, Chery Auto Malaysia turut mengesahkan telah menggantikan komponen gandar belakang yang rosak seperti yang tular dalam media sosial itu.

part 1

part 2

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Setakat hari ini (Rabu), kita telah buat pemeriksaan terhadap 90,280 kenderaan dan mengeluarkan…
Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…
Berita Domestik
Pemeriksaan lanjut nombor casis oleh anggota JPJ Selangor kemudian membongkar motosikal jenis…