JPJ siasat iklan tawar lesen memandu tidak sah di media sosial

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Bahagian Pelesenan Memandu menerima laporan berkaitan pengiklanan mendapatkan lesen memandu secara tidak sah di media sosial.


JPJ dalam kenyataan memaklumkan, menerusi iklan itu, individu berkenaan mendakwa menjadi ejen tempatan untuk membantu urusan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu ke JPJ dan hanya memerlukan permit kerja (bagi warga asing).

 

Menurutnya, jabatan berkenaan cuba menghubungi individu itu namun gagal dan mendapati akaun media sosial yang didaftarkan adalah sebagai akaun Syarikat Vehicle Motor Company.

 

“JPJ memandang serius terhadap berita palsu yang tular tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk membuat laporan polis, ” katanya hari ini. 

Berita Berkenaan

Informasi
  Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat…
Berita Domestik
  Pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah…
Berita Domestik
    "Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda…