JPJ sita 73 kenderaan dikendali warga asing atas pelbagai kesalahan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Facebook JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) menyita 72 motosikal termasuk sebuah kereta dalam Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar pusat pentadbiran di Putrajaya, pada Selasa.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, berkata sebanyak 228 notis dikeluarkan dengan 117 daripadanya adalah kepada warga asing manakala 111 lagi kepada pemilik kenderaan warga tempatan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Katanya, sebanyak 72 notis yang dikeluarkan kepada warga asing adalah kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan (22), tiada insurans kenderaan (22) dan satu kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Sebanyak 68 notis turut dikeluarkan kepada rakyat tempatan kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan (21), tiada insurans kenderaan (21) dan satu notis kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan.

Aedy berkata, JPJ dan PPj akan memanggil pemilik untuk diberikan advokasi supaya tidak membenarkan warga asing menggunakan kenderaan mereka.

Jelasnya, ia penting bagi mengelak berlaku sebarang perkara tidak diingini.

"Operasi bersepadu ini memfokuskan terhadap warga asing yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu sah, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta pematuhan piawaian teknikal," katanya.

jpj 2
foto Facebook JPJ

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
JPJ telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipersetujui dalam pelaksanaan program tahunan…
Berita Domestik
"Kami banyak menerima aduan mengenai kegiatan ini dan siasatan mendapati modus operandi ulat teksi…
Informasi
Sejak Julai 2024 hingga September 2024, aktiviti pemanggilan semula produk sedang dijalankan oleh…