JPJ sita dua buah lori nombor plat sama dipandu warga asing

oleh SALINA JALIL|
Tindakan berani dua warga asing memandu lori tanpa memiliki lesen mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Kenderaan di Cameron Highlands dekat sini semalam.


Lebih mengejutkan, mereka didapati memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran dan tanda badan milik syarikat yang sama.

 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, pihaknya telah menyita kedua-dua buah kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 275 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan ke atas 147 buah kenderaan lain dalam operasi yang sama.

 

Kamarul Iskandar menegaskan, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing dan tindakan lebih tegas akan diambil ke atas syarikat yang membenarkan kenderaan milik mereka dipandu warga asing.

 

 

- MalaysiaGazette

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya akan…
Berita Domestik
  Katanya, kerajaan melalui JPJ meluaskan pelaksanaan JPJeBid ke JPJ Kelantan untuk bidaan bagi…
Berita Domestik
  “Pihak universiti menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu…