JPJ tahan pemandu kereta sewa haram di KLIA2

oleh Penyumbang Rencana|
Tidak menentukan kadar tambang dan hanya perlu membayar selepas tiba di destinasi antara taktik 'ulat' yang menawarkan khidmat kereta sewa tidak berlesen kepada pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Khamis.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, hasil intipan pihaknya berjaya menahan seorang pemandu Proton Exora berusia 30-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan khidmat kereta sewa haram kepada dua pelancong warga Perancis.

"Kadar tambang yang dikenakan kepada pelancong itu dari Terminal KLIA2 ke Kuala Lumpur belum ditentukan dan hanya perlu dibayar apabila sampai di destinasi.

"Susulan itu, JPJ telah menahan pemandu terbabit selain kenderaannya turut disita," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, mana-mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tambahnya, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta yang sama.

"Justeru, orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA atau KLIA 2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang dari…
Berita Domestik
  Tahniah dan syabas kepada JPJ Selangor yang berjaya menahan dua pemandu dalam operasi berasingan…