JPJ Terengganu: menyamar sebagai penumpang untuk kesan kesalahan pemandu

oleh SALINA JALIL|
Empat kesalahan dikesan dilakukan pemandu bas ekspres dalam tempoh seminggu penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sebagai penumpang, sempena Ops Tahun Baru Cina 2020.


Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, kesalahan itu termasuk memandu menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, tata kelakuan pemandu (berpakaian tidak kemas) dan beroperasi di luar kawasan masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Dua kes memandu sambil menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, dan masing-masing satu kes bagi kesalahan lain.

 

“Mereka ini dikesan melakukan kesalahan ketika penyamaran yang bermula 18 Januari lalu dan kita menempatkan 39 anggota untuk operasi ini sehingga 2 Februari nanti.

 

“Ia akan membabitkan laluan Kuala Terengganu - Kota Bharu - Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu - Kuantan - Kuala Terengganu,” katanya.

 

Beliau ditemui pada pelancaran Ops TBC 2020 JPJ Terengganu di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.

 

Menurut Zulkarnain, pihaknya bukan mahu mencari kesalahan pemandu dan pengguna jalan raya, sebaliknya penugasan itu banyak membantu mengurangkan kadar kemalangan terutama babitkan bas ekspres.

 

Selain itu, katanya, rondaan berkala turut dilakukan di jalan persekutuan, negeri dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dalam usaha menurunkan statistik kematian akibat kemalangan sebanyak 60 peratus.

 

Sehingga kini, JPJ Terengganu sudah memeriksa 7,468 kenderaan dan 920 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

 

“Sebanyak 872 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal serta sebuah kereta disita,” katanya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sepanjang tahun lepas kita juga terima 600 aduan dengan 403 daripadanya melalui MyJPJ. Ini…
Berita Domestik
Sehubungan itu, siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan sama ada…
Berita Domestik
  Ada yang memberikan alasan cuaca panas dan faktor keselamatan barangan yang disimpan dalam…