Menurut kenyataan itu, selain Lamborghini, JPJ turut menyita sebuah BMW 531i, Land Cruiser Prado, Nissan Fairlady, Lexus NX300, Mercedes Benz dan dua buah Toyota Vellfire atas kesalahan sama.
"Operasi Khas Kenderaan Luxury merupakan operasi berfokus yang dilaksanakan JPJ selruh negara bagi menangani pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan mewah.
"Pada operasi fasa satu yang bermula Julai lepas, tiada sitaan dibuat oleh JPJ Terengganu. Namun kali ini kita Berjaya menyita lapan kereta mewah yang melanggar peraturan di Bawah Akta Pengangkutan Jalan (JPJ 1987)," menurut kenyataan itu.
JPJ turut memaklumkan selain sitaan, JPJ turut mengeluarkan 22 saman dalam operasi tersebut.
"Sebanyak 13 kesalahan melibatkan lessen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, tiada insurans (13 kes), lessen memandu kompeten (dua kes) dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiga kes)," katanya.