JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Pengarahnya Zulkarnain Yasin.

Beliau berkata daripada jumlah itu 131 aduan diterima menerusi aplikasi MyJPJ dan sebahagian besarnya melibatkan kesalahan nombor plat kenderaan, tidak memakai topi keledar serta memotong di garisan berkembar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sepanjang tahun lepas kita juga terima 600 aduan dengan 403 daripadanya melalui MyJPJ. Ini menunjukkan masyarakat semakin sedar untuk sama-sama menjaga keselamatan dengan membuat laporan di aplikasi itu, yang turut menawarkan perkhidmatan lain seperti memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

"Aduan yang diterima akan diproses dan JPJ akan hantar surat kepada pemilik yang dikenal pasti untuk maklum balas dalam tempoh 14 hari. Sekiranya tiada maklum balas, kita akan hantar notis dan mereka juga boleh dihadapkan ke mahkamah," katanya pada sidang media operasi bersepadu JPJ bersama agensi di Jalan Batu Buruk di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Zulkarnain berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 50,670 kenderaan dalam Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 29 Feb lepas.

Menurutnya daripada jumlah itu 5,991 kenderaan telah diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu kompeten (CDL).

"Kita juga telah menyita 117 kenderaan termasuk 164 motosikal, motokar (23 buah), lori (enam), kenderaan persendirian lain (enam) dan lori (sebuah)," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…