Katanya, JPJ turut menyedari terdapat pihak tertentu mempromosikan lesen tanpa ujian di media sosial terutama di TikTok.
"Perkara ini memang dalam pengetahuan kami dan saya tegaskan di sini tiada istilah lesen tanpa ujian. Semua kena ikut prosedur yang ditetapkan.
"Apa yang dipromosikan di media sosial itu adalah satu penipuan dan kami sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Kami berharap tiada yang tertipu dengan promosi berkenaan dan saya sentiasa mengingatkan perkara ini kepada masyarakat," katanya pada sidang media selepas Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baru Cina (Ops TBC 2026) di Terminal Bas Lembah Sireh, di Kota Bharu pada Isnin.
Beliau berkata setakat ini belum ada mangsa yang hadir memaklumkan menjadi mangsa penipuan.