JPJ - Tiada syarat baharu bagi warga emas perbaharui lesen

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menetapkan syarat-syarat baharu bagi pemandu warga emas khususnya yang telah berumur 65 tahun ke atas untuk mendapat dan memperbaharui lesen kenderaan.

Malah, setakat ini warga emas itu dibenarkan memandu kenderaan seperti biasa tanpa sebarang kekangan selain wajib mengikuti penilaian kompetensi dan kesihatan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya masih membenarkan warga emas mendapatkan dan memperbaharui lesen sehingga hari ini.

“Kita tidak menghadkan lesen itu atau perlu sesuatu syarat untuk warga emas mendapat lesen atau memperbaharui lesen bagi memandu kenderaan namun JPJ dan MOT (Kementerian Pengangkutan) sedang meneliti perancangan akan datang berkaitan isu ini selepas kajian dan penelitian daripada MOT.

“Itu peringkat dasar Kementerian Pengangkutan dan memang dalam penelitian,” katanya.

Aedy Fadly berkata demikian bagi mengulas isu kerelevanan isu pemandu berusia 65 tahun melakukan penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui LKM.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah. "Lelaki warga emas itu dibebaskan…
Berita Domestik
Menurut laporan Utusan Malaysia, statistik PDRM menunjukkan bahawa dari 2019 hingga 2024, seramai…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, mangsa yang berasal dari Padang…