JSJ Bukit Aman rampas 847 kenderaan curi

oleh Penyumbang Rencana|
Sindiket curi kenderaan tumpas susulan Operasi Lejang Khas yang digerakkan polis dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta.


Operasi dilaksana Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menumpaskan sindiket dalam tempoh Januari hingga April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kenyataan JSJ Bukit Aman berkata, statistik menunjukkan 6,709 kertas siasatan telah dibuka jabatan itu berkaitan kecurian kenderaan.

Menurutnya, dalam tempoh itu, Bahagian D4 melaksana 1,049 serbuan yang menangkap seramai 1,225 orang dan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.00.

"Dianggarkan jumlah nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 kenderaan.

"Secara keseluruhan operasi yang dijalankan ini berjaya menyelesaikan 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan berjaya dituduh," kata kenyataan itu.

Jabatan Siasatan Jenayah melalui Bahagian D4 menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan, sindiket ini tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan.

"Selain itu, masyarakat juga digalakkan untuk tidak menangguh laporan polis sekiranya kenderaan anda dicuri.

"Turut diingatkan, elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang tiada sistem kamera litar tertutup dan juga lakukan ujian keberkesanan pada sistem penggera kenderaan anda," kata kenyataan itu.

 

JSJ

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri…
Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…