JSPT - 4.5 juta kenderaan akan berada di jalan raya sepanjang Aidilfitri

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangka sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kenderaan dijangka bergerak secara berperingkat bermula esok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, pihak polis akan membuat pemantauan untuk melancarkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung.

 

"JSPT Bukit Aman menjangka antara dua hingga 4.7 juta kenderaan mula bertali arus di jalan raya dan lebuh raya bermula esok.

 

"Kenderaan ini dijangka bergerak secara berperingkat untuk balik ke kampung bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga," katanya selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

 

Terdahulu Shafien menyerahkan buku tulisannya 'Memoir Shafien Mamat' kepada Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah.

 

Shafien, 60, yang bertugas sebagai pegawai kanan polis selama 38 tahun, bersara bermula 30 April ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…