JSPT - 74,437 saman nombor pendaftaran, 60 motosikal, 35 kereta dan 16 kenderaan lain disita

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JSPT
Sebanyak 74,437 saman berkaitan nombor pendaftaran dan pelbagai kesalahan lain dikeluarkan melalui Op Khas (Nombor Pendaftaran) sepanjang sebulan bermula pada 1 hingga 30 November lepas.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, jumlah tersebut merangkumi 24,909 saman melibatkan nombor pendaftaran ‘fancy’, tiada nombor pendaftaran dan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan manakala selebihnya merupakan lain-lain kesalahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, daripada 24,909 saman berkaitan nombor pendaftaran, pengguna motosikal merupakan yang tertinggi disaman dengan peratusan 49.45 iaitu 12,318 saman diikuti pengguna kereta dengan 42.35 peratus berjumlah 10,549 saman.


“Dalam operasi ini juga, seramai 35 individu ditahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya manakala sebanyak 111 kenderaan pelbagai jenis disita di bawah Seksyen 64 (1) APJ 1987,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

Kenderaan yang disita ialah 60 motosikal, 35 kereta dan 16 kenderaan lain.

 

Di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan.

 

Kenderaan yang disita boleh dituntut atau dilepaskan apabila identiti pemandu atau kenderaan telah dikenal pasti, kesalahan yang dilakukan telah diberhentikan atau dilepaskan oleh mahkamah.

 

“Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987 dibaca bersama Seksyen 119 akta yang sama. Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan kempen Op Khas (Nombor Pendaftaran) ini,” kata Mat Kasim.

 

 

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…