JSPT - Cari tempat selamat, jangan berteduh di bahu jalan!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan sekiranya berdepan dengan cuaca buruk atau hujan lebat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, penunggang motosikal digalakkan berhenti berteduh di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau stesen minyak berdekatan sekiranya berhadapan dua situasi tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, kumpulan motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti di bahu jalan atau di bawah jambatan dengan tujuan berteduh semasa hujan.

Ini kerana katanya, tindakan seumpama itu sangat bahaya, sebaliknya berusaha mencari dan memilih tempat yang jauh lebih selamat.

"Ketika ini, Lebuhraya PLUS dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal, merangkumi dua jenis iaitu 28 teduhan motosikal jenis berdiri sendiri dan 186 teduhan di bawah jambatan.

"Malah menurut Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959), tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan yang bersifat sementara.

"Untuk itu, JSPT menggesa agar semua pengguna jalan raya untuk lebih peka dan prihatin kepada penunggang motosikal, selain bertindak secara lebih berhati-hati semasa memandu kenderaan semasa hujan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Sinar Harian