JSPT Johor - Lima pemandu mabuk dan dua positif dadah ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JSPT Johor Bahru
Sembilan pengguna jalan raya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 yang dijalankan di seluruh negeri Johor, pada hari Sabtu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, mereka yang ditahan melibatkan lima pemandu mabuk, dua positif dadah dan masing-masing seorang memandu secara berbahaya dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

 

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun.Operasi bagi membanteras kegiatan memandu secara mabuk dan merbahaya itu melibatkan 13 sekatan jalan raya serentak di seluruh Johor oleh 21 pegawai dan 135 anggota,” katanya dalam kenyataan.

 

 

 – UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi…
Informasi
  Kebakaran dipercayai bermula di dalam bilik enjin dan kru kapal mengambil tindakan pantas dengan…
Informasi
  “Ia berikutan terdapat segelintir ibu bapa mahupun penjaga masih memandang remeh akan…