JSPT Melaka - tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan tetapi perarakan keagamaan

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka membuat laporan polis bagi menafikan isu tular yang mendakwa kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan menjadi punca kemalangan pada 26 Februari lalu.


Ketua JSPT negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, JSPT terkesan dengan satu hantaran di Facebook, semalam, mengenai perkara berkenaan dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, menerusi hantaran Facebook itu, seorang netizen mendakwa pada 9. 40 pagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke bank, dia terbabit kemalangan dengan motosikal dari arah sama ketika melalui persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah.

 

Katanya, netizen itu mendakwa ia susulan daripada tindakan polis trafik yang sedang mengiringi orang kenamaan melalui jalan berkenaan.

 

"Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan melakukan siasatan dan terdapat satu laporan kemalangan jalan raya bersangkutan dibuat pengadu dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

 

"Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal yang terbabit masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan," katanya.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kemalangan berlaku tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti dinyatakan netizen tetapi anggota terbabit sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

 

Menurutnya, ketika kejadian berlaku anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong.

 

"Tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas.

 

"Malah, ia selaras dengan arahan Pengarah JSPT nombor 7 mengawal lalulintas jika berlaku kesesakan," katanya.

 

Antara isi paparan Facebook berkenaan menyatakan: "Kisah semalam, abang ingin pergi ke bank untuk mengirim wang kepada mak, di simpang jalan, tiba-tiba ada polis yang mengiringi orang besar tiba-tiba menghalang jalan di saat lampu trafik berwarna hijau.

 

"Abang terkejut tetapi masih sempat membrek kereta dan berhenti. Namun ada penunggang motosikal tidak sempat berhenti dan melanggar kereta abang dari belakang.

 

"Pihak itu hanya melihat dan berlalu pergi. Begitulah cerita rakyat marhaen. Memberi ruang jalan kepada mereka yang besar. Abang tidak jadi ke bank sejurus kejadian sebaliknya ke balai polis untuk selesaikan urusan kemalangan. Kiriman wang kepada mak juga tertunda. Maafkan kami mak. Insya-Allah minggu depan pula."

 

hantaran whatsapp

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Berita Domestik
  Semalam, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Polis Bukit Aman ‘menembak jatuh’ empat dron yang…