JSPT - Saman bukan kerana ekzos bising

oleh SALINA JALIL|
Penunggang motosikal Harley-Davidson yang disaman polis seperti gambar yang tular baru-baru ini adalah atas kesalahan nombor pendaftaran 'fancy' dan bukannya bunyi ekzos motosikal mereka bising.


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dikenakan saman ketika operasi JSPT Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan Sungai Besi, di sini, Sabtu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, operasi bertujuan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada terhadap semua pengguna kenderaan, termasuk kesalahan mengubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising melebihi had dibenarkan.

 

"Susulan operasi itu, JSPT mengesan satu gambar tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley-Davidson.

 

"Gambar itu jelas disalah tafsir kerana tindakan saman ke atas penunggang adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran 'fancy' dan bukan kesalahan ekzos bising," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.

 

"JSPT ingin menegaskan mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.

 

"Walau bagaimanapun, jika terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang," katanya.

 

Katanya, semua pengguna dan pemilik kenderaan diminta mematuhi peraturan dan undang-undang supaya tidak melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran demi memastikan keselamatan dan keselesaan awam.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, setiap hari statistik kemalangan jalan raya dan kematian akan dikeluarkan secara 'real…
Berita Domestik
Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari…
Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…