J&T runding dengan Tencent, suntikan dana sehingga RM4.14 billion

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penghantaran dan logistik yang tidak asing lagi di Malaysia, J&T Express dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan pihak Tencent untuk suntikan dana bernilai $1 bilion (RM4.14 bilion), dengan nilai syarikat itu kini mencecah $20 bilion (RM83.1 bilion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Information, suntikan dana ini bakal digunakan untuk meluaskan lagi operasi syarikat itu ke negara-negara lain termasuklah di Timur Tengah dan Amerika Utara.

Syarikat J&T Express ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2015 dan kini menjadi syarikat penghantaran kedua terbesar di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun.

Namun dalam satu laporan yang berbeza Rabu lalu, pihak Tencent menafikan laporan berkenaan suntikan dana tersebut.

Sumber: The Information, Pandaily

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemalangan jam 11.46 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23 meninggal dunia…