Jual minyak harga murah, stesen minyak di Wisconsin disaman oleh BP, Shell

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah stesen minyak di Waukesha, Winsonsin yang dikendalikan oleh Woodman's Food Centre telah disaman oleh operator stesen minyak BP dan Shell kerana menjual bahan api pada harga yang lebih rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang dilakukan adalah tidak salah, dan mereka hanya mahu cuba bersaing dengan sebuah lagi stesen minyak Costco yang terletak kira-kira 9.65 km daripada stesen mereka.

Namun menurut BP dan Shell, apa yang dilakukan oleh Woodman's adalah bercanggahan dengan Akta Jualan Tidak Adil Winsonsin yang menyatakan setiap barang yang dijual - termasuk bahan api - tidak boleh dijual di bawah harga kos.

Pengendali stesen minyak BP dan Shell masing-masing menyaman Woodman's sebanyak $80,000 (RM343,420) sebagai pampasan kerugian yang dialami berdasarkan bilangan hari pelaksanaan harga jualan murah oleh Woodman's.

Semakan di GasBuddy.com mendapati Woodman's menjual bahan api pada harga $3.59 (RM15.14) per gelen, jauh lebih murah berbanding stesen minyak BP ($3.89 atau RM16.40 per gelen) dan Shell ($3.79 atau RM15.98 per gelen).

Stesen minyak pesaing, Costco menjual gasolin pada harga $3.49 per gelen (RM14.98 untuk setiap gelen).

Sumber: WISN 12 News menerusi The Drive