Jualan 2024 Toyota menurun, kekal nombor 1 dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Akio Toyoda dan Lexus LBX Morizo RR Concept 2024
Akio Toyoda dan Lexus LBX Morizo RR Concept 2024
Di dalam artikel sebelum ini, Careta melaporkan mengenai prestasi jualan Kumpulan Volkswagen pada 2024.

Penghantaran berjumlah 9.03 juta kenderaan dan menurun dua peratus berbanding 2023.

Bagaimana pula dengan Toyota Motor Corporation (TMC)? Nampaknya sekali lagi menjadi pengeluar nombor satu dunia dengan jualan 10,821,480 unit.

Angka ini menyusut daripada 11,233,039 unit atau 3.7 peratus berbanding 2023.
Toyota Supra TRI - Stanford tandem drift 2024

 

Boleh difahami mengapa memandangkan industri automotif sedang mengalami ketidaktentuan selain saingan sengit.

Jualan TMC menurun buat kali kali pertama dalam tempoh dua tahun. Di Jepun, jualan menyusut ketara iaitu 19.7 peratus kepada 1,850,263 unit. 

Menurut TMC, jualan terjejas akibat isu pensijilan dan penggantungan pengeluaran Prius namun jualan luar negara mencapai rekod tertinggi.

Pencapaian itu susulan permintaan yang kuat di Amerika Utara dan prestasi baik di India.

 

Toyota GR Yaris

 

Pada 2024 Kumpulan Volkswagen mencatatkan kenaikan enam peratus di Amerika Utara dan menurun 10 peratus di China.

Bagaimana pula dengan Toyota? Masing-masing naik 4.3 peratus dan turun 6.9 peratus.

Toyota memaklumkan kenaikan di Amerika Utara disumbang oleh Camry baharu. 

Prestasi di China dipengaruhi peralihan kepada kenderaan tenaga baharu dan keadaan pasaran seperti persaingan harga yang semakin sengit.

 

Toyota GR Yaris

 

Pasaran India menyaksikan lonjakan 35.2 peratus kepada 300,212 unit. Prestasi ini didorong oleh permintaan kuat Urban Cruiser Hyryder dan Innova Hycross.

Jualan di Pakistan turut melonjak sebanyak 28.2% kepada 26,434 unit. 

Di Asia Tenggara, pasaran Thailand menyusut 17.1 peratus dan 9.5 peratus di Indonesia.

Toyota memaklumkan pengeluaran berkurangan berbanding tahun sebelumnya akibat pasaran yang menurun disebabkan oleh pemilihan pinjaman ketat dan faktor lain. 

 

 Toyota Corolla FX Special Edition

 

Di Eropah, jualan Toyota Motor Corporation meningkat 3.6 peratus kepada 1,166,325 unit namun menurun 9.6 peratus kepada 132,913 unit di United Kingdom.

Bagaimana pula dengan kenderaan elektrifikasi? Melonjak kepada 4,532,721 unit atau 23.2 peratus berbanding 2023.

Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) sebanyak 139,892 unit atau lonjakan 34.5 peratus.

Penghantaran Kumpulan Volkswagen pula sebanyak 744,800 unit, menurun 3.4% berbanding 2023.

 

Toyota Hilux FCEV Prototype 2024

 

Jualan yang lebih tinggi disebabkan kumpulan Toyota tidak mempunyai sejumlah model BEV seperti Kumpulan Volkswagen.

Satu fakta menarik, jualan BEV di Jepun menyusut 30.5 peratus kepada 2,038 unit.

Di luar negara pula lain cerita dengan lonjakan 36.4 peratus kepada 137,854 unit.

Jualan kenderaan elektrifikasi Toyota Motor Corporation dikuasai kenderaan hibrid elektrik (HEV) dengan jumlah 4,142,412 unit atau kenaikan 21.6 peratus.

 

Lexus LM500h Jepun

 

Secara keseluruhan, jualan kenderaan elektrifikasi di Jepun menurun 2.6 peratus kepada 895,583 unit. Prestasi di luar Jepun meningkat ketara iaitu 31.8 peratus kepada 3,637,138 unit.

Sebagai pengeluar yang berpegang kepada konsep pelbagai laluan (multipathway) Toyota turut memfokuskan kepada kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Bagaimana sambutannya? Menyusut kepada 1,778 unit atau 55.8 peratus.

Jualan di Jepun melonjak 50.9 peratus kepada 676 unit namun menurun ketara atau 69.2 peratus kepada 1,102 unit di luar Jepun.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota bZ4X 2023

 

Jualan Toyota Motor Corporation

Kategori 2023 2024 Perbezaan (%) Nota 2024
Toyota (termasuk Lexus)        
Jualan seluruh dunia 10,307,395 [Toyota: 9,483,137, Lexus: 824,258] 10,159,336 [Toyota: 9,308,122, Lexus: 851,214] -1.4% Penurunan pertama dalam 2 tahun.
Jualan di Jepun 1,672,970 [Toyota: 1,578,323, Lexus: 94,647] 1,441,842 [Toyota: 1,355,772, Lexus: 86,070] -13.8% Penurunan pertama dalam 2 tahun.
Jualan di luar Jepun 8,634,425 [Toyota: 8,106,814, Lexus: 729,611] 8,717,494 [Toyota: 8,204,350, Lexus: 765,144] +1.0%  
Lexus        
Jualan seluruh dunia 824,258 851,214 +3.3%  
Jualan di Jepun 94,647 86,070 -9.1%  
Jualan di luar Jepun 729,611 765,144 +4.9%  
Daihatsu        
Jualan seluruh dunia 790,441 536,588 -32.1%  
Jualan di Jepun 595,322 367,348 -38.3%  
Jualan di luar Jepun 195,119 169,240 -13.3%  
Hino        
Jualan seluruh dunia 135,203 125,556 -7.1%  
Jualan di Jepun 36,517 41,073 +12.5%  
Jualan di luar Jepun 98,686 84,483 -14.4%  
Jumlah Keseluruhan        
Jualan seluruh dunia 11,233,039 10,821,480 -3.7% Penurunan pertama dalam 2 tahun.
Jualan di Jepun 2,304,809 1,850,263 -19.7% Penurunan pertama dalam 2 tahun.
Jualan di luar Jepun 8,928,230 8,971,217 +0.5%  

 

Perbandingan antara Jualan Global dan Jualan di Luar Jepun

Toyota (termasuk Lexus) 2023 2024 Perbezaan
Jualan seluruh dunia 10,307,395 10,159,336 -1.4%
Jualan di luar Jepun 8,634,425 8,717,494 1.0%
Amerika Utara 2,617,033 2,729,987 4.3%
A.S. (termasuk Hawaii) 2,248,477 2,332,623 3.7%
Kanada 227,460 238,933 5.0%
Mexico 106,794 124,687 16.8%
Lain-lain 34,302 33,744 -1.6%
Amerika Latin 478,796 487,653 1.8%
Brazil 194,412 200,495 3.1%
Argentina 87,439 89,925 2.8%
Lain-lain 196,945 197,233 0.1%
Eropah 1,122,735 1,166,325 3.6%
U.K. 147,010 132,913 -9.6%
Rusia 435 20 -95.4%
Perancis 133,267 145,011 8.8%
Itali 115,904 131,830 13.7%
Jerman 90,101 105,155 16.7%
Sepanyol 97,545 103,627 6.2%
Lain-lain 538,473 547,769 1.1%
Asia 3,318,504 3,214,633 -3.1%
China (termasuk Hong Kong dan Macau) 1,907,587 1,775,995 -6.9%
Thailand 265,949 220,356 -17.1%
Indonesia 327,675 296,546 -9.5%
Filipina 200,031 218,019 9.0%
Taiwan 158,430 155,390 -1.9%
Malaysia 108,107 102,317 -5.4%
Pakistan 20,625 26,434 28.2%
Vietnam 59,207 68,128 15.1%
Korea Selatan 22,069 23,694 7.4%
India 222,069 300,212 35.2%
Lain-lain 26,755 27,542 2.9%
Jepun 1,672,970 1,441,842 -13.8%
Oceania 277,939 298,480 7.4%
Australia 230,439 254,935 10.6%
Lain-lain 47,500 43,545 -8.3%
Timur Tengah 568,257 586,542 3.2%
GCC 448,799 452,769 0.9%
Lain-lain 119,458 133,773 12.0%
Afrika 251,161 233,874 -5.6%
Afrika Selatan 139,283 125,320 -10.0%
Lain-lain 111,878 108,554 0.0%

 

Jenis rangkaian kuasa

Kategori 2023 2024 Perbezaan (%)
Toyota (termasuk Lexus)      
HEV (Hybrid Electric Vehicle)      
Jualan seluruh dunia 3,420,078 4,142,412 +21.6%
Jualan di Jepun 892,162 872,386 -2.2%
Jualan di luar Jepun 2,527,916 3,270,026 +29.4%
MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle)      
Jualan seluruh dunia 26,859 94,810 +253.0%
Jualan di Jepun 0 0
Jualan di luar Jepun 26,859 94,810 +253.0%
PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle)      
Jualan seluruh dunia 124,653 153,829 +23.4%
Jualan di Jepun 24,079 20,483 -14.9%
Jualan di luar Jepun 100,574 133,346 +32.6%
FCEV (Fuel Cell Electric Vehicle)      
Jualan seluruh dunia 4,023 1,778 -55.8%
Jualan di Jepun 448 676 +50.9%
Jualan di luar Jepun 3,575 1,102 -69.2%
BEV (Battery Electric Vehicle)      
Jualan seluruh dunia 104,018 139,892 +34.5%
Jualan di Jepun 2,931 2,038 -30.5%
Jualan di luar Jepun 101,087 137,854 +36.4%
Jumlah 3,679,631 4,532,721 +23.2%
Jualan di Jepun 919,620 895,583 -2.6%
Jualan di luar Jepun 2,760,011 3,637,138 +31.8%

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak sekian lama, Pixis Van dikenali sebagai kenderaan kerja yang praktikal di jalan sempit Jepun…
Berita Global
Beliau berkata demikian ketika berucap di Universiti Nagoya, Jepun, semasa majlis pendedahan patung…
Berita Global
Tidak terhad kepada kereta-kereta moden, KINTO turut mempunyai program khas Vintage Club by KINTO…