Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut melibatkan jualan kenderaan penumpang berjumlah 60,060 unit dan kenderaan komersial sebanyak 7,599 unit.
Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, 516,798 unit kenderaan terjual, sekali gus menyaksikan peningkatan 62 peratus lebih tinggi berbanding 318,827 unit pada tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu, pengeluaran merekodkan 69,389 unit kenderaan daripada 45,972 unit bulan sama tahun lalu.
|
2021 |
2022 |
September (kenderaan penumpang) |
38,258 |
60,060 |
September (kenderaan komersial |
5,969 |
7,599 |
Januari - September |
318,827 |
516,798 |
Jumlah kenderaan penumpang |
282,881 |
459,090 |
Jumlah kenderaan komersial |
35,946 |
57,708 |
Bagi bulan ini, MAA menjangkakan, jumlah jualan akan kekal sama seperti paras September 2022.
Isu bekalan dan cip yang berterusan juga dijangka akan mempengaruhi sebahagian daripada proses pengeluaran kenderaan.