Jualan kenderaan Februari 2021 meningkat 4.13 peratus - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 4.13 peratus kepada 42,784 unit pada Februari tahun ini, daripada 41,088 unit untuk bulan yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan penumpang naik kepada 37,923 unit pada Februari 2021 daripada 37,359 unit (Februari 2020), sementara jualan kenderaan komersial melonjak kepada 4,861 unit berbanding 3,729 unit untuk tempoh yang sama.

Berdasarkan bulan ke bulan, jumlah jualan bagi Februari 2021 adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding Januari 2021 kerana jumlah pengunjung ke bilik pameran menunjukkan banyak peningkatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ditamatkan.

Daripada segi jumlah pengeluaran, MAA berkata 45,199 kenderaan telah dikeluarkan pada Februari 2021 berbanding 40,371 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Sementara pengeluaran kenderaan penumpang pula melonjak kepada 41,301 unit pada Februari 2021 berbanding 37,893 unit pada Februari 2020, diikuti pengeluaran kenderaan komersial yang juga naik kepada 3,898 unit daripada 2,478 unit.

Mengenai prospek bulan Mac 2021, MAA menjangkakan jumlah jualan akan lebih tinggi berbanding bulan Februari 2021, ini kerana syarikat bertungkus lumus membuat penghantaran kenderaan memandangkan tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2021, dan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disambung semula untuk semua jenis urus niaga kenderaan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…
Berita Global
Jumlah jualan untuk tempoh Januari-Oktober tahun ini mencecah angka 87,422 unit, peningkatan 9.1…