Jualan kenderaan menurun

oleh Mohamad Hanif|
Jualan kenderaan untuk tahun 2021 dilaporkan turun 4 peratus akibat masalah kekurangan cip komputer dan juga sentimen pengguna yang menangguhkan pembelian selepas kerajaan mengumumkan insentif cukai dilanjutkan.

Sumber info dari Persatuan Automotif Malaysia (MAA) jelas menunjukan jualan kenderaan terkumpul untuk tahun 2021 sehingga bulan November turun kepada 441,136 unit berbanding 459,336unit terjual dalam tahun 2020 (Januari ke November).

Jualan kenderaan terkumpul November 2021 juga menurun sebanyak 7.5 peratus berbanding dengan jualan terkumpul sehingga Oktober, menunjukan penjualan yang semakin lemah.

Namun begitu, jualan kenderaan untuk November 2021 adalah masih lebih tinggi berbanding jualan bulan November 2020, iaitu 58,742 unit berbanding dengan 57,622 unit.

Kadar penghasilan kenderaan domestik juga meningkat berbanding dengan tahun 2020, menandakan industri sedang pesat bangkit semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, langkah yang diumumkan oleh Kementerian Pelaburan,…
Berita Domestik
"Peningkatan TIV pada April 2026 telah dipacu oleh volum pengeluaran yang lebih tinggi sebanyak 70,…
Berita Domestik
Namun begitu, TIV bagi bulan berkenaan masih mencatatkan penurunan kepada 63,489 unit berbanding 72…