Jualan kenderaan terpakai meningkat - Myvi paling popular

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan kenderaan terpakai untuk tahun ini terus meningkat dengan mendadak walaupun sudah masuk suku ketiga.

Antara penyebab peningkatan jualan ialah hasil dari tindakan kerajaan memperkenalkan moratorium dan juga insentif cukai.

Menurut Datuk Tony Khor, presiden Persatuan Persekutuan Syarikat-Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), jualan bulan Julai (berbanding tahun lalu) meningkat lebih dari 24 peratus kepada 37,800 unit sementara jualan untuk bulan Ogos dan September pula adalah 17 peratus lebih tinggi dari bulan yang sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

"Kami telah menjual sebanya 112,400 unit kenderaan terpakai sepanjang tiga bulan lalu. Sehingga suku ketiga, jualan terkumpul untuk tahun 2020 ialah sekitar 280,000 unit dan jika ini berterusan, kami akan mencapai jumlah jualan purata tahunan kami," terang Tony ketika ditemuramah oleh Bernama.

Beliau juga berkata secara purata, industri itu menjual 400,000 unit kenderaan terpakai dalam tempoh setahun, dengan nilai lebih dari RM15 bilion (harga purata sebuah kenderaan ialah RM40,000).

Tony yang sudah lebih dari 30 tahun di dalam industri tersebut dan menguruskan 4,325 penjual kenderaan terpakai di bawah payung FMCCAM percaya jualan kenderaan terpakai meningkat semasa Covid-19 kerana ramai mahu memandu kenderaan sendiri dari berkongsi pengangkutan awam dan kenderaan terpakai lebih murah dan menjimatkan, sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.

 

 

"Permintaan kenderaan yang tinggi semasa Covid-19 lebih cenderung kepada kenderaan bernilai antara RM30,000 ke RM40,000," sambung Tony lagi.

"Tren yang sama untuk kenderaan baharu turut berlaku untuk kenderaan terpakai. Myvi ialah kenderaan baharu paling popular dan kerana itu ia paling banyak dicari di pasaran terpakai.

Selain dari Myvi, model-model terpakai yang popular ialah Toyota Vios, Honda City, Proton Saga dan Proton Persona," katanya.

Namun begitu, ada yang berkata jika Myvi terpakai sangat popular, kenapa tidak banyak iklan mengenainya?

"Myvi memang sangat popular, dan selalunya tak sempat untuk diiklankan pun kerana bila ada sebuah Myvi terpakai yang diterima, ia terjual dalam masa beberapa jam," jawab Tony.

Tony turut berkongsi fakta bahawa dengan populariti Myvi di industri kenderaan terpakai, ia bermakna harga terpakai Myvi juga kekal tinggi.

Kajian Bernama menggunakan data-data dari iCarData mendapati susut nilai untuk sebuah Myvi 1.5L AV berusia lima tahun ialah 33.44 peratus, lebih sedikit dari sepertiga harga asal pembelian.

Di bawah ialah perbandingan sebenar:

  • Perodua Myvi 1.5 AV tahun 2015
    • Harga jualan tanpa insuran:                        RM56,518.00
    • Harga jualan terpakai dalam tahun 12019: RM37,619.99
  • Proton Iriz 1.6 Premium CVT tahun 2015
    • Harga jualan tanpa insuran:                        RM59,731.00
    • Harga jualan terpakai dalam tahun 12019: RM30,277.32

Tony bagaimanapun berkata tren jualan mungkin bertukar dan jualan kenderaan terpakai bulan Oktober sudah kelihatan menurun.

"Sentimen pembelian untuk suku keempat tahun ini akan melihat pembeli lebih berhati-hati kerana tempoh moratorium sudah tamat," kata Tony.

Tony berharap kerajaan akan memanjangkan tempoh moratorium sehingga 31 Disember untuk terus membantu industri.

* Laporan asal dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,126…
Berita Domestik
AucNation Synergy Sdn Bhd (AucNation Synergy) hari ini telah menjalinkan kerjasama industri dengan…