Jualan kereta lonjak perdagangan borong, runcit

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh tahun ke tahun sebanyak 44 peratus kepada RM132.8 bilion pada Jun 2022 dengan lonjakan besar dalam jualan kenderaan bermotor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi yang bertambah baik itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat RM15.6 bilion atau 38.4 peratus kepada RM56.2 bilion, manakala perdagangan borong berkembang 19.3 peratus atau RM9.8 bilion kepada RM60.5 bilion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor melonjak 1,642.8 peratus atau RM15.2 bilion kepada RM16.1 bilion," katanya.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan meningkat 2.5 peratus disumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor yang meningkat 15.8 peratus.

 

 

DOSM berkata, pertumbuhan lebih tinggi dalam subsektor kenderaan bermotor dipacu oleh jualan kenderaan bermotor, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 2,430.2 peratus atau RM8.5 bilion kepada RM8.8 bilion.

 

Ini diikuti oleh alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor, yang meningkat sebanyak 1,026.2 peratus; penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (+1,211.2 peratus); dan jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal (+1,693.8 peratus).

 

Dari segi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 35.8 peratus, terutama didorong oleh kenderaan bermotor dan perdagangan runcit yang masing-masing meningkat sebanyak 1,529.9 peratus dan 31.3 peratus.

 

Begitu juga, perdagangan borong yang turut merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 10.7 peratus.

 

Bagaimanapun bagi indeks volum pelarasan musim, ia turun 2.3 peratus bulan ke bulan.

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan bagi lapan bulan pertama tahun ini adalah tinggi kepada 501,552 unit berbanding 449,289 unit…
Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Domestik
Menurut MAA, di bawah rancangan pemulihan ekonomi PENJANA, pengenalan pengecualian cukai penjualan…