Jualan Kia cecah 3.08 juta unit pada 2023, terbaik sejak 2014, Sportage paling laku!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Sportage
Kia Sportage
Kia Corporation mencatatkan jualan terbaik sejak 2014 dengan jumlah 3,085,771 unit kenderaan pada 2023.

Angka itu mewakili 6.3 peratus peningkatan berbanding 2022. Tidak termasuk kenderaan tujuan khas, jualan di luar Korea menyaksikan peningkatan 6.7 peratus kepada 2,516,383 unit.

Jualan di negara kelahirannya adalah sebanyak 563,660 unit atau peningkatan 4.6 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Seltos

 

Di sebalik peningkatan jualan keseluruhan, angka pada Disember sebenarnya menurun 9.2 peratus kepada 213,543 unit kenderaan.

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan di pasaran utama Kia seperti Amerika Syarikat, Eropah dan India mencatatkan jualan tahunan tertinggi.

Seperti yang diberitahu, jualan 2023 memadamkan rekod 2014 berjumlah 3,038,552 unit dengan pembahagian 2,573,352 unit di luar Korea dan baki 465,200 unit di dalam negara.

 

Kia Sorento PHEV

 

Model mana paling laris? Sportage dengan jumlah 523,502 unit dan diikuti Seltos sebanyak 344,013 unit dan Sorento di tempat ketiga berdasarkan angka 242,892 unit.

Prestasi jualan tahunan terbaik dibantu oleh pelancaran model baharu dan diperkemaskan seperti EV9, Sorento, K5 dan Carnival.

Turut membantu, peningkatan pengeluaran dan pembekalan kenderaan susulan gangguan semikonduktor yang semakin memulih.

 

Kia K5

 

Untuk 2024, Kia menyasarkan jualan sebanyak 3.2 juta dengan 2,663,000  unit di pasaran luar dan 530,000 unit di dalam negara. Kia turut mahu menjual 7,000 kenderaan tujuan khas.

Selain itu Kia akan menyiapkan projek pembangunan semula kilang EV AutoLand Gwangmyeong yang mengeluarkan EV3 untuk pasaran Korea dan antarabangsa.

Di dalam perkembangan berkaitan, Bermaz Auto dilaporkan bakal menawarkan Sportage dan Carens pada tahun ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia EV9

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  K8 ini pada dasarnya adalah 'perkahwinan' di antara Kia dan Hyundai Genesis (kini dikenali…