Jualan Mercedes-AMG C 63 'hampir sifar' di Jerman, BMW M3 lebih laku!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah hampir setahun sejak model berprestasi tinggi Mercedes-AMG C 63 S E Performance diperkenalkan di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Atas kertas, sedan berprestasi tinggi dengan trenkuasa plug-in hybrid itu sememangnya mampu untuk memalukan mana-mana model pesaing di dalam kelasnya.

Namun hal tersebut tidak diterjemahkan dengan baik menerusi aspek jualan.
 

C63


Menurut laporan media Jerman, model Mercedes-AMG C 63 S E Performance dengan enjin empat silider PHEV itu nampaknya sukar untuk mencabar kedudukan BMW M3 yang dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris.

Cabaran tersebut bukan sahaja berpunca daripada masalah kekurangan bilangan silinder (inline-4 vs inline-6), malah ia juga turut disumbangkan oleh perbezaan harga yang sangat ketara antara kedua-dua model tersebut.
 

M3


Menurut MB Passion Blog, tempahan untuk model sedan berelektrik tersebut adalah 'hampir mencecah sifar', berbanding model M3 yang menawarkan nilai yang lebih baik dari segi trenkuasa, harga dan kualiti premium.

Dari segi spesifikasi, Mercedes-AMG C 63 S E Performance dibekalkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dan motor elektrik pada gandar belakang, di mana kuasa keseluruhan mencecah 671 hp dan 1,020 Nm, jauh lebih bertenaga berbanding enjin V8 4.0 liter turbo berkembar (500 hp).

Namun kekurangan yang ketara, nadi inline-4 itu tidak mampu menghasilkan runut bunyi yang lebih mengujakan berbanding nadi V8.
 

C63


Selain itu, terdapat perbezaan berat yang ketara, di mana model C 63 PHEV mempunyai berat badan sekitar 2,129 kg berbanding C 63 bernadi V8 yang hanya seberat 1,690 kg sahaja.

Di Jerman, Mercedes-AMG C 63 S E Performance dijual pada harga bermula dari €114,888.55 (RM578,690) sementara BMW M3 Competition xDrive (503 hp dan 650 Nm) pula dijual pada harga yang jauh lebih murah, sekitar €100,300 (RM505,208).

Perbezaan kedua-dua model tersebut menyebabkan ramai pembeli lebih cenderung untuk memilih BMW M3 dengan enjin enam silinder sebaris, biarpun model M3 itu 168 hp kurang berkuasa berbanding model AMG.

Baca: Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2023

Baca: BMW M3 2021

Sumber: MB Passion Blog

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ini kerana syarikat seperti BMW Group Malaysia tidak pernah lokek untuk membawakan barisan model-…
Model Terbaharu
Sayang sekali, penawaran transmisi manual yang terdapat pada model 'asas' BMW M3 dan BMW M4 tidak…