Jualan Nissan Juke dihentikan di Amerika akibat kurang permintaan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah lapan tahun diperkenalkan dengan rekaan yang sedikit pelik, Nissan membuat keputusan untuk menghentikan penjualan crossover Nissan Juke di pasaran Amerika Syarikat.

Tindakan Nissan tersebut antara lain adalah disebabkan penurunan jualan yang mendadak di pasaran US, serta pengenalan crossover yang lebih menarik perhatian seperti Nissan Kicks menggantikan peranan Nissan Juke. 

 


Pada awal pengenalan, Nissan berjaya menjual 35,000 unit Nissan Juke pada tahun pertama dan angka tersebut terus berkembang dua tahun kemudian. 

Namun, bermula dari 2015, angka jualan Nissan Juke semakin merudum dan pada bulan lepas sahaja, Nissan hanya sekadar menjual 41 buah Juke, berbanding 900 unit pada bulan yang sama tahun lalu dan 2,500 unit pada tiga tahun lepas. 


Penarikan Nissan Juke daripada pasaran Amerika tidak bermakna segmen crossover Nissan terkubur begitu sahaja. 

Nissan Rogue kini menggantikan tempat Nissan Juke sebagai sebuah crossover yang paling laris terjual di pasaran Amerika, dengan unit jualan mencecah 37,000 unit dicatatkan pada bulan lepas. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selari dengan perubahan semasa, Nissan menawarkan Juke dengan rangkaian kuasa hibrid dan ada…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…
Berita Global
  Trend pembeli Kereta dengan dua warna sekarang ini menjadi trend di kalangan pembeli.…