Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan jumlah 30,789 unit.
Pencapaian pada bulan April turut dilihat dengan pengenalan model hatchback segmen B edisi terhad, iaitu Toyota Yaris G Limited yang diberikan beberapa peningkatan prestasi dengan rupa lebih sporti.
Segmen komersial turut dimeriahkan menerusi kehadiran Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB) Window Van dengan tanda harga RM169 ribu.
Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan pelanggan, UMW Toyota telah mengembangkan rangkaian pengedarnya dengan pengenalan Laser
Motor 4S Sdn Bhd di Seremban.
Bermula dengan kemudahan 1S, kemudahan 3S baharu kini menawarkan Jualan & Perkhidmatan Kemudahan Pusat kepada pelanggan di Oakland, Seremban, menampilkan 10 ruang servis untuk perkhidmatan lebih pantas.
Di samping itu, UMW Toyota turut melancarkan promosi "Peace Of Mind With Every Drive" untuk bulan Mei, di mana ia menawarkan rebat sehingga RM7,500 dan pembiayaan sehingga 100%.
Tersedia untuk 13 model Toyota, termasuk Toyota Yaris yang baru dikemas kini dan Vios serba baharu, dengan ansuran bermula dari serendah RM658 dan RM688 masing-masing.