Jualan trak pikap Triton meningkat 2.4 peratus tahun 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan prestasi jualan trak pikap untuk pasaran Malaysia tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun segmen trak pikap mengalami penurunan jualan disebabkan keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar, trak pikap Triton tetap mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 2.4 peratus.

Ini sekaligus menjadikan Mitsubishi Triton trak pikap nombor satu yang mencatatkan peningkatan jualan dengan penguasaan pasaran 3.8 peratus kepada 16.5 peratus untuk tempoh Januari-Disember 2019.

Sejak pengenalan trak pikap Triton pada Januari 2019, ia menyumbang kepada 71.2 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan MMM. 

Menurut Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia memberitahu, "Mitsubishi akan meneruskan lagi usaha menawarkan trak pikap Triton untuk keperluan para pelanggan kami, dari Triton Adventure X sehinggalah model Triton Quest 4x2.

Mitsubishi Triton merupakan satu-satunya model trak pikap yang menawarkan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 200,000 km yang mana terdahulu untuk ketenangan minda.