Juara kereta paling selamat US - Jepun dan Korea jauh di hadapan. 

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Insurance Institute for Highway Safety atau IIHS ialah sebuah organisasi bebas tak menguntungkan (non-profitable NGO) di Amerika Syarikat yang mempunyai objektif untuk mengurang kematian akibat kemalangan jalanraya.

Dengan fungsi yang sama dengan European NCAP, IIHS mempunyai kelengkapan kajian untuk melakukan ujian pelanggaran dan sebagainya.

Cara ujian pula lebih spesifik untuk spesifikasi kenderaan yang boleh dijual di US sahaja dan kadang-kala, ujian-ujian IIHS jauh lebih sukar.

Institut itu telah mengeluarkan senarai kenderaan-kenderaan dengan tahap keselamatan terbaik untuk tahun 2019.

Menurut senarai tersebut, ternyata jenama US sendiri tidak begitu menonjol di mana hanya Chrysler menerima tempat pertama dalam kategori MPV.

Kategori-kategori lain lebih dikuasai oleh jenama-jenama Asia - Korea dan Jepun.

 

 

Menarik juga kerana ini bermakna kenderaan-kenderaan dari Jepun dan Korea sudah mempunyai teknologi yang setanding dengan jenama-jenama Eropah dari segi keselamatan.

Kereta mini
Hyundai Accent
Kia Rio

Kereta kompak
Honda Insight
Hyundai Elantra
Hyundai Elantra GT

Kereta saiz serderhana
Honda Accord
Hyundai Sonata
Kia Optima

Kereta mewah saiz sederhana
Audi A3
Audi A4
Hyundai Genesis G70

Kereta saiz besar
BMW 5-Series
Hyundai Genesis G80
Hyundai Genesis G90

SUV Kompak
BMW X2
Honda CR-V
Hyundai Kona

SUV saiz sederhana
Honda Pilot
Hyundai Santa Fe
Hyundai Santa Fe XL

SUV mewah saiz sederhana
Acura RDX
BMW X3
Mercedes-Benz GLC

MPV
Chrysler Pacifica
Honda Odyssey

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…