Julie Chong - CEO baharu PIAM

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengumumkan perlantikan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, Julie Lean Gim Chong.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Julie akan memulakan tugasnya bermula pada 15 Oktober, menggantikan Mark Lim Kian Wei yang akan mula bersara secara rasmi pada 15 November 2020.

Mark akan terus menjadi penasihat kepada PIAm sehingga persaraannya pada pertengahan bulan Januari 2021.

Julie mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam memegang jawatan-jawatan pengurusan kanan untuk syarikat insurans multinasional dan sebuah bank global di Australia, United Kingdom, Singapura dan Hong Kong.

Beliau juga pernah bertanggung jawab untuk operasi wilayah Asia Pasifik dan juga mengetuai pejabat kumpulan untuk lebih dari 18 negara di dalam Eropah, Asia dan juga di US.

Diharapkan agar PIAM akan kekal relevan dengan ketua baharunya ini.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…