Jumlah jualan kenderaan Jun 2021 menjunam, MAA unjur pengurangan TIV kepada 500,000 unit

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah jualan kenderaan bagi bulan Jun 2021 mencatatkan penurunan sebanyak 96 peratus jika dibandingkan dengan prestasi bulan Mei 2021 (47,204 unit).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penurunan itu adalah susulan daripada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di mana aktiviti penjualan terpaksa dihentikan disebabkan sektor automotif tidak tergolong di dalam senarai ekonomi perlu.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi kenderaan baharu yang didaftarkan sepanjang tempoh enam bulan pertama adalah lebih tinggi sebanyak 249,129 unit jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu (173,545 unit) dengan peningkatan sebanyak 75,584 unit atau 43.6 peratus.

Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menjelaskan keadaan ini disebabkan oleh kesan asas rendah, iaitu TIV yang rendah pada separuh pertama 2020 disebabkan pelaksanaan PKP 1.0 tahun lalu.

Sama seperti tahun lalu, jumlah jualan bulanan untuk tempoh separuh pertama tahun ini juga turut terkesan akibat pelaksanaan sekatan pergerakan oleh kerajaan, kecuali bulan Januari dan Jun di mana jualan tahun-ke-tahun (Y-o-Y) adalah konsisten lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Tambah beliau lagi, TIV pada bulan Mac adalah yang tertinggi sepanjang 1H21 disebabkan kebanyakan syarikat automotif mempercepatkan penghantaran kenderaan sebelum tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2021.

Jumlah jualan yang minimum direkodkan pada bulan Jun 2021 adalah disebabkan penutupan kebanyakan pusat pameran di seluruh negara, serta lebihan pendaftaran yang dicatatkan pada bulan lalu.

Secara keseluruhan, jumlah produksi untuk separuh pertama tahun ini mencatatkan peningkatan 45.3 peratus dengan jumlah 241,288 unit berbanding 166,049 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu, selari dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan baharu.

Untuk tahun 2021, MAA mengunjurkan pengurangan TIV kepada 500,000 unit daripada jangkaan asal 570,000 unit disebabkan oleh beberapa faktor seperti kebanyakan kilang automotif yang masih lagi tidak dibenarkan beroperasi.

Sementara kebanyakan pusat pameran dan pengedaran pula hanya dibenarkan beroperasi pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…
Berita Domestik
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, jumlah keseluruhan…