Jumlah motosikal di atas jalan cecah 720 ribu unit - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah jualan motosikal untuk tahun 2022 yang didaftarkan atas jalan raya adalah sekitar 720 ribu unit, berbanding 500 ribu unit yang dicatatkan sepanjang tahun 2021, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Jelasnya lagi, motosikal kini menjadi salah satu mod pengangkutan yang amat penting terutama di kawasan urban.
 

kempen

 

Beliau berkata demikian pada acara pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan oleh pihak Suzuki Malaysia dengan kerjasama JPJ, PDRM, MIROS dan beberapa agensi lain bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2023.

Kempen pada tahun ini bertemakan "Kekal Waspada, Keselamatan Bersama", di mana adalah penting bagi setiap penunggang untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling atau ancaman yang mungkin berlaku semasa berada di atas jalan raya.

 

kempen


Bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, kempen ini juga turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan percuma 16 poin serta program penukaran helmet lama kepada helmet baru secara percuma, terhad kepada 300 unit sahaja.